Khamis, Mac 12, 2009

SIKAP ORANG MELAYU TERHADAP ISLAM

Terima kasih kerana melayari blog ini.

Saya baru saja mendapat email dari rakan saya iaitu seorang pelajar bekas MRSM Kuantan mengenai cerita berikut dan saya paparkan di blog ini untuk kita hayati dan renungkan mengenai kejadian ini. Jika anda sudi untuk memberikan pandangan, anda boleh berbuat demikian didalam ulasan di blog ini.

Cerita ini adalah mengenai sikap segelintir orang Melayu kita atau lebih tepat lagi orang Islam di Malaysia sekarang. Kejadian ini benar-benar berlaku di Carrefour Wangsa Maju beberapa bulan lepas.
Seorang pemuda Islam yang berkerja sebagai 'cashier' di pasaraya tersebut telah menumbuk seorang lelaki cina. Ini berlaku kerana ketika pemuda cina tersebut sedang membayar harga barangan, pemuda Melayu ini telah menegur pemuda Cina ini mengenai gambar baju yang sedang di pakai oleh pemuda cina tersebut. Gambar itu ialah seekor babi yang sedang memakai serban di samping seekor anjing yang memakai tudung lambang agama Islam. pemuda Melayu itu bertanya gambar apakah yang sedang di pakai oleh pemuda cina tersebut. Dengan rasa bangga dan tidak bersalah, pemuda Cina itu terus menjawab sambil menunjuk ke arah gambar bajunya dengan mengatakan babi yang memakai serban itu ialah Muhammad dan anjing yang memakai tudung itu ialah Khadijah. Mendengar jawapan lelaki tersebut, pemuda Melayu ini dengan tidak disangka2, menumbuk muka si Cina tersebut. Huru hara lah suasana di carrefour itu. Kemudian pemuda Cina itu memaki hamun pemuda ini lalu datanglah Manager Carrefour yang juga beragama Islam dan terus memecat lelaki Melayu tadi. Apa yang di lakukan oleh Manager Carrefour tadi memanglah memeranjatkan kepada pemuda tersebut walaupun Manager tersebut akur dengan tugasnya serta mengikut etika kerana menumbuk org sesuka hati adalah salah.
Manager tersebut bukan hanya memecat pemuda Melayu tadi yang sedang mempertahankan kesucian agama Islam, malah turut memaki hamun pemuda Melayu itu dengan kata2 yang amat kesat. Pemuda Melayu ini pulang dengan keadaan hampa. Hampa bukan kerana di pecat, tetapi kesal kerana turut di maki hamun oleh saudara se Islam yang di sangkanya akan turut manjaga maruah orang Islam selepas dihina oleh lelaki Cina tadi.
Sekarang, pemuda Melayu ini sedang menunggu untuk di saman oleh lelaki cina tersebut. Beliau bukan takut malah tidak sabar2 untuk menunggu disaman oleh lelaki cina tersebut kerana beliau ada alasan yang kukuh kerana bertindak demikian.
Pengajarannya, sikap pemuda Melayu tadi memang patut di contohi kerana ingin menegakkan agama Islam. Pada anda, berhati2 lah, kerana tshirt yang di pakai oleh lelaki Cina tadi adalah salah satu strategi orang2 kafir untuk menjatuhkan maruah Islam masa kini. Dimana-mana Islam sedang diancam dan melayu dipermain dan diperbodohkan oleh bangsa asing dan juga segilintir orang Islam sendiri. Di pejabat, orang melayu tidak dihargai oleh orang melayu yang mempunyai kedudukan, malah melayu sering dijadikan tempat untuk melepas geram dan kemarahan mereka yang berkedudukan ini.

Jika anda berada dipihak pemuda tersebut apakah perasaan anda dan bagaimanakah anda akan
bertindak untuk menghadapi cabaran tersebut.

Ayuh, coretan anda amat diperlukan didalam ulasan blog ini. Silakan!!!!