Jumaat, Februari 20, 2009

DR KHIR TOYO JANGAN BERTANDING

Terima kasih kerana melayari blog ini.

Saya baru saja berkesempatan melihat "Video Hujah" yang melibatkan perdebatan 3 calon Ketua Pemuda yang layak bertanding. Forum itu telah di kendalikan oleh Prof Dr Agus dan telah disiarkan melalui TV9 beberapa hari yang lepas.
Memang perdebatan ini wajar diadakan memandangkan waktu pemilihan sudah pun terlalu hampir iaitu bulan March ini. Forum ini boleh dijadikan medan untuk menguji keupayaan calun yang bertanding disamping mencurahkan pandangan dan kebijaksanaan menjawab soalan yang diberikan oleh moderator pada waktu itu. Kesempatan ini sebenar adalah pusingan yang terakhir sebelum medan pengundian PWTC diadakan. Calun tak perlu turun ke Bahagian untuk berkempen kerana silap langkah nanti kena cekup dengan SPRM kerana di khuatiri mengamalkan politik wang. Forum ini juga dapat menilai perwatakan seseorang disamping dapat menguji kekuatan mental dan melihat kelemahan seseorang. Masing-masing mempunyai kekuatan yang tersendiri.
Namun saya mempunyai andaian tersendiri iaitu perwakilan telah pun mencongak siapa yang akan dipilih sebelum pengundian di PWTC kelak.
Dari klip video tersebut saya amat tertarik di fasa terakhir perdebatan tersebut dimana moderator telah memberikan soalan kontroversi terhadap calun dan seterusnya menyoal apa yang menyebabkannya menawarkan diri. Persoalan ini sebenarnya amat penting diutarakan kerana dikhuatiri, calun berkenaan tidak menyedari bahawa dia mempunyai perkara yang tidak digemari oleh rakyat mahu pun perwakilan.

Kedua-dua calun DKT dan KJ mempunyai reaksi yang berbeza-beza didalam berhujah kenapa beliau harus bertanding.
DKT menyatakan bahawa kekalahaan Selangor bukan disebabkan kelemahan pentadbirannya tetapi kewibawaan peringkat pusat telah membuatkan Selangor tumbang.
KJ pula menyatakan penawarannya bertanding adalah diatas kelangsunagnnya sebagai Naib Ketua dan menerima sokongan sebulat suara dari exco pemuda.

Cakap-cakap kedai kopi kedengaran, DKT seharusnya menarik diri dan memberi sokongan penuh kepada MM kerana inilah masanya yang paling sesuai untuk DKT membalas jasa DM iaitu bapa kepada MM yang juga bekas PM untuk menentang KJ. Diawal penglibatan beliau DM lah yang telah menjulang nama DKT apabila beliau dipilih menjadi MB Selangor menggantikan Abu Hassan Omar. Dengan reputasi yang merudum sebagai Ketua Perhubungan Negeri Selangor selepas tersukur kepada PKR di PRU lepas ianya menjadi kayu pengukur kepada kerjaya politik beliau. Banyak yang dapat diperhatikan di Selangor, DKT sudah tidak mungkin mendapat undi selesa dikalangan Pemuda. Janjinya yang tidak dikotakan semasa beliau memegang tampuk pemerintahan Selangor menjadi duri dalam daging kepada ahli UMNO. Permohonan tanah banyak tergendala semasa pentadbiran beliau didalam usaha kononnya untuk mencapai Selangor Maju 2010. Apakah beliau terlupa, ini akan mejadi liabiliti kepada nya waktu ini.

KJ sudah tiada kekuatan bertanding walaupun beliau mampu berhujah dengan begitu bersemangat, namun reputasi sebagai menantu Presiden dan "Ketua Angkatan Tingkat 4" akan dipersoalkan. Peranan sebagai pencatur politik diseluruh pelusuk negeri semasa PRU yang lepas memberi gambaran, bahawa beliau telah mengatasi pentadbiran yang ada sekarang.

Ramai yang menyatakan pendapat bahawa pertandingan ini hanya 2 penjuru diantara KJ dan MM dan mengharapkan agar DKT menarik diri kerana kehadirannya akan hanya merosakkan undi sahaja,

MM adalah calon popular dan tiada kontroversi yang boleh mencacatkan kemenangannya. Beliau hanya dibayangi oleh keceluparan bapanya DM yang juga bekas PM yang sering membidas dan mempersoalkan berbagai kelemahan pentadbiran parti.

Walau bagaimana pun, waktu masih jauh. Masa untuk pujuk memujuk dan belai membelai masih panjang. Namun waktu ini harus pandai menilai bahasa politik dan tindak tanduk perwakilan. Saya masih ingat kata-kata orang lama " anggok bukan setuju, geleng bukan membantah, anggokitu bukan jawapan, geleng itu bukan kesalahan. Ya, itu ialah pelunak bahasa dan tidak, itu silat bahasa.

Untuk memilih tempat mandi, pertama diteluk kedua dipantai. Untuk memilih pemimpin negeri, pertama elok, kedua pandai.
SELAMAT MEMILIH

Hj Rajiani Abd Hamid

Selasa, Februari 17, 2009

KARPAL OH KARPAL

Terima kasih kerana melayari blog ini.

Minggu lepas 12/2/2009 saya ada menerima pesanan ringkas dari Sdr Mustaffa Latif, AJK Bahagiaan Gombak untuk bersama-sama dan beramai-ramai melapurkan kebiadaban Karpal Singh kepada Polis di Bt 6 Gombak. Malangnya, saya tidak dapat hadir atas sebab yang tidak dapat dielakkan.
Jika dilihat dari tingkah laku Karpal Singh, masyarakat Malaysia tidak boleh menerima perbuatan beliau untuk menyaman Sultan Perak apatah lagi masyarakat Melayu apabila institusi Raja cabar. Beliau beranggapan berhak untuk berbuat demikian dari sudut perundangan sehinggakan beliau tidak memperdulikan teguran atau nasihat orang lain.
Kelantangan Karpal bermula apabila beliau menyalahkan rakannya didalam DAP iaitu Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng yang dikatakan telah tidak menghormatinya sebagai pengerusi DAP tetapi melapurkan terus kepada ketua pembangkang.
Dato' Seri Anuar Ibrahim telah dipersalahkan kerana mempopularkan lompat parti sehingga mengakibatkan Kerajaan Negeri Perak tumbang setelah empat ADUN nya berpaling tadah. Ekoran daripada itu, beliau terus menggesa agar Dato' Seri Anuar Ibrahim meletakkan jawatan sebagai Ketua Pembangkang serta bertanggung jawap diatas kejatuhan kerajaan Perak.
Namun Seperti biasa, Dato' Seri Anuar Ibrahim tidak tunduk dengan gesaan itu malah beliau telah mendapat suntikan baru apabila kedua-dua sekeluarga Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang menyokong tindakan Dato' Seri Anuar Ibrahim untuk terus menjadi ketua pembangkang.
Setelah menyalahkan orang kelilingnya, beliau menyalahkan Raja apabila Sultan Perak menukarkan kerajaan negeri yang dianggapnya tidak mengikut perlembagaan tubuh negeri. Berbagai-bagai gesaan telah dibuat oleh berbagai pihak namun beliau tetap dengan pendirian untuk menyaman Sultan Perak ke Mahkamah.
Tindakan beliau ini telah membuatkan seluruh masyarakat mempersoalkan tindakannya termasuk rakan dari Pakatan Rakyat dan DAP sendiri. Dato' Nik Aziz menganggapkan Karpal sebagai "orang tua" yang bertindak diatas dirinya sendiri dan tidak boleh dikaitkan dengan Pakatan Rakyat.
Melihat dari kebiadaban beliau ini, maka adalah wajar warga Gombak bangun membantah tindakan luar batasan ini kerana dikhuatiri beliau akan menjadi hero didalam mempelupori kebiadaban terhadap Raja dan pemerintah di negeri ini.
Untuk itu, saya tabik dengan keberanian Sdr Mustaffa yang saya kenali sebagai aktivis melayu yang unggul di Gombak. Pemilihan beliau sebagai AJK Bahagian memang tepat dan bersesuaian dengan jiwanya yang rajin disamping peka dengan keadaan semasa dan bertindak tepat pada waktunya. Seharusnya tindakan beliau harus disusuli dengan kelangsungan badan lain yang menjadi penggerak masyarakat Gombak. Kita tidak seharusnya berpeluk tubuh dan takut bertindak dimasa kita dicabar mengenai hak kita mempertahankan instistusi Raja yang menjadi simbol kekuatan bangsa Melayu.
AYUH BANGGUN BANGSA KU !!!!!!
Hj Rajiani Abd Hamid

Jumaat, Februari 13, 2009

MESYUARAT MESJID AL ANSAR

Saya baru menerima pesanan ringkas dari Hj Ahmad Must AJK Bahagian Gombak. Beliau menyatakan mesyuarat Mesjid Al Ansar akan diadakan pada Ahad 15/2/2009 bermula jam 8.30 pagi. Beliau menyeru ahli kariah Al Ansar untuk menghadiri mesyuarat Agung Mesjid tersebut di Taman Keramat Hulu Klang.

Beliau berharap agar dapat hadir beramai-ramai ke mesyuarat tersebut untuk memakmurkan Mesjid itu. Saya kurang pasti samaada beliau akan bertanding untuk memegang jawatan dimesyuarat tersebut. Jika beliau berhasrat untuk memegang jawatan berilah sokongan terhadap beliau. Beliau memang berkemampuan melaksanakan tugas tersebut dengan jayanya.
Terima kasih.

Hj Rajiani Hj Abd Hamid

RENUNGKAN LAH

Kehidupan ini terasa begitu tertekan dengan masalah-masalah yang datang bertubu-tubi, sama ada masalah keluarga, masalah masyarakat mahunpun politik. Timbunan masalah menjadi semakin berat dan memberi tekanan terhadap kehidupan harian sehingga merasakan tiada jalan keluar.

Kerajaan negeri Perak terpaksa dibubarkan atas kuasa Sultan setelah beberapa DUN mengadu tidak berpuashati dengan pentadbiran lama. Sokongan datang secara mendadak setelah strategi perletakan jawatan bekas pengerusi perhubungan negeri Perak dilakukan dan perlantikan baru dibuat. Dengan mengubah tampuk pemerintahan negeri, ianya mampu menyelesaikan berbagai masalah dan penyelesaian-penyelesaian mungkin tidak dapat ditemui sebelum ini. Pendek kata, ketika menghadapi masalah, sebenarnya kita sedang menikmati pengalaman yang mungkin tidak akan berulang lagi. Pengalaman ini bukanlah apa yang dialami seseorang, tetapi apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap bangsanya.

Selagi manusia hidup, selagi itulah masalah demi masalah datang menimpa kehidupannya yang memerlukan kita membuat pilihan. Walaupun kita perlu membuat pilihan, yang pastinya pilihan ini tetap berada pada diri kita sendiri. Kita boleh memilih untuk terbang tinggi bersama mereka yang cemerlang atau memilih untuk terus turun dan tinggal bersama mereka yang gagal. Sebagai sebuah parti yang ingin terus maju, ia memerlukan ahli-ahli yang memilih untuk terbang tinggi dan memajukan parti dengan menggunakan segala kemampuannya. Jadi, marilah kita berusaha melakukan yang terbaik bagi agama kita, diri kita sendiri, keluarga, parti dan juga bangsa.

Peter Senge berkata "Kita tidak dapat melihat masa depan sebagai lanjutan masa lalu...kerana masa depan adalah berbeza dengan masa lalu. Kita perlu meninggalkan cara yang lama supaya kita boleh lebih berjaya di masa depan".

Terima kasih

Hj Rajiani Hj Abd Hamid

Khamis, Februari 12, 2009

Corat Coret Gombak

Hari ini 12/2/2009 saya baru hebahkan kewujudan blog ini kepada warga Gombak setelah beberapa orang rakan menggalakkan berbuat demikian. Perasaan rendahdiri dengan kualiti persembahan blog ini menjadikan saya begitu berhati-hati untuk dihebahkan berbanding dengan blog-blog yang dah begitu "establihed". Begitu ramai yang membuat panggilan menyatakan tahniah dan memberi perangsang terhadap usaha ini, tak kurang juga ada yang memberi reaksi negatif terhadapnya. Ada yang menyatakan waktu bertanding dah berlalu, ada yang manyatakan tak payah lah nak ungkit perkara yang lepas, ada juga yang mengatakan dah kalah tu buat lah cara kalah. Naik darah juga dibuatnya dengan komen-komen tu!!

Apa pun yang ingin dipaparkan disini ialah peluang untuk kita sama-sama berinteraksi di Gombak yang selama ini belum ada ruang untuk memberikan pandangan, teguran atau tempat melepaskan geram. Pihak lawan telah lama menggunakan blog untuk menyampaikan maklumat dan serangan terhadap lawan nya, tetapi kita masih teragak-agak menggunakan kesempatan ini.

Tidak dinafikan, akhbar memang telah memberi maklumat terkini dalam apajua bidang termasuk politik, namun isi dan kandungan berita akan bergantung kepada penulisnya dimana kadang-kadang apa yang dilapurkan tidak tepat dari apa yang sebenarnya berlaku. Andaian dan persepsi negatif biasanya di buat berdasarkan dari cerita orang ketiga sahaja. Untuk itu, gunakanlah ruang ini untuk meluahkan perasaan dan rasa tak puas hati anda selama ini.

Ayuh kita meriahkan blog kita dengan idea kita dan dengan gaya kita semuga perpaduan akan berterusan di Gombak.

Hj Rajiani Abd Hamid

Isnin, Februari 09, 2009

TAHNIAH MB PERAK

Kami warga Gombak mengucapkan tahniah kepada Dato Dr Zambry A Kadir setelah dilantik sebagai MB Perak yang baru manggantikan "Kuda tunggangan" DAP.
Peralihan kuasa tersebut terjadi apabila ada pembubaran carta organisasi UMNO berikutan perletakan Jawatan oleh Pengerusi BN Negeri Perak baru-baru ini. Perlantikan tersebut telah menyuntik nafas baru di Negeri Perak dengan kepimpinan yang jitu serta dihormati olih pihak kawan dan lawan. perlantikan ini juga telah memberikan tamparan hebat kepada PKR yang beria-ia sangat untuk meruntuhkan tembok BN di peringkat persekutuan untuk menubuhkan kerajaan PKR.
Warga Gombak mengalu-alukan perlantikan tersebut dan berharap agar perubahan lanskap politik di Perak akan mempengaruhi pengundian yang bakal diadakan di 2 tempat iaitu Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau.
Apa yang diharapkan agar kepimpinan baru Perak berani membawa Melayu Perak lebih disegani dan dihormati didalam membela nasib melayu yang sering di perkotak-katikkan oleh rakan dan lawan di Perak selama ini.
Tahniah