Rabu, Januari 28, 2009

POLITIK WANG

Selepas pemilihan diperingkat Bahagian, SPRM dan Lembaga Displin UMNO sedang memperhebatkan penyiasatan mengenai aduan politik wang dalam UMNO. Sehingga ke hari ini, Selangor masih belum tercemar dari gejala tersebut. Apakah Selangor benar-benar bersih dalam pemilihan yang lepas?. Gombak juga tidak terkecuali. Dari pemerhatian penulis, gejala tersebut wujud di Gombak, namun definasi politik tersebut telah diubah mengikut keperluan masing-masing. Ada yang mentafsirkan sebagai upah, pelincir, duit minyak dan pelbagai panggilan yang boleh diketegorikan sebagai Politik Wang. Disamping itu, terdapat pelbagai aktibiti telah dilakukan oleh pelobi dan pengikut untuk menarik perhatian pengundi didalam memastikan calun pilihan mereka mendapat perhatian secukupnya untuk memilih calun mereka.

Salah satu aktibiti yang telah dianjurkan ialah rombongan ke Penang dan bermalam di Batu Feringgi. Ada yang menganjurkan ceramah menawarkan diri ditempat esklusif dengan selingan meghentam kepimpinan Bahagian, Perhubungan Negeri mahupun diperingkat Pusat. Malah, pada hari pemilihan pun masih ada aktibit "tumbok rusuk politik" berlaku. 683 perwakilan telah pun memilih dan mengundi pada Oktober 2008 lepas, namun teka teki masih belum terjawab samada wujud atau tidak gejala tersebut diGombak dilapurkan.

Sabtu, Januari 17, 2009

TAHNIAH

Tahniah kerana mewujudkan blog yang menyediakan ruang untuk berinteraksi diantara warga Gombak. Semuga warga Gombak akan lebih mesra dan mengenali diantara satu sama yang lain sambil dapat memahami permasalahan setempat diantara kita dalam apa jua bidang.