Rabu, Januari 28, 2009

POLITIK WANG

Selepas pemilihan diperingkat Bahagian, SPRM dan Lembaga Displin UMNO sedang memperhebatkan penyiasatan mengenai aduan politik wang dalam UMNO. Sehingga ke hari ini, Selangor masih belum tercemar dari gejala tersebut. Apakah Selangor benar-benar bersih dalam pemilihan yang lepas?. Gombak juga tidak terkecuali. Dari pemerhatian penulis, gejala tersebut wujud di Gombak, namun definasi politik tersebut telah diubah mengikut keperluan masing-masing. Ada yang mentafsirkan sebagai upah, pelincir, duit minyak dan pelbagai panggilan yang boleh diketegorikan sebagai Politik Wang. Disamping itu, terdapat pelbagai aktibiti telah dilakukan oleh pelobi dan pengikut untuk menarik perhatian pengundi didalam memastikan calun pilihan mereka mendapat perhatian secukupnya untuk memilih calun mereka.

Salah satu aktibiti yang telah dianjurkan ialah rombongan ke Penang dan bermalam di Batu Feringgi. Ada yang menganjurkan ceramah menawarkan diri ditempat esklusif dengan selingan meghentam kepimpinan Bahagian, Perhubungan Negeri mahupun diperingkat Pusat. Malah, pada hari pemilihan pun masih ada aktibit "tumbok rusuk politik" berlaku. 683 perwakilan telah pun memilih dan mengundi pada Oktober 2008 lepas, namun teka teki masih belum terjawab samada wujud atau tidak gejala tersebut diGombak dilapurkan.

4 ulasan:

apetlempang berkata...

tahniah atas kewujudan blog ini... yg penting spt nama blog, "perpaduan"... jgn dimulakan dgn menghentam mana2 pihak secara sinis... pertandingan telah berlalu, UMNO MESTI berubah... sindir menyindir akan hanya melebarkan jurang perpecahan... berkempenlah HANYA bila waktunya sampai, bukan berpolitik sepanjang masa...
selamat berforum.

cicittokperak berkata...

UMNO jadi busuk pada pandangan masyarakat dek gejala politik wang.50% real lagi 50% persepsi ciptaan PR. Kalo UMNO nak selamat utk PRU 13, janganlah hangat2 tahi ayam atau cakap tak serupa bikin. Kepada yang minat nak jadi kaya tolong jangan jadikan politik sebagai platform. Kalo tak faham juga UMNO akan hancur.

RAJA UDANG berkata...

Apetlempang, memang saya setuju. Memang tidak terniat nak menyindir mahu pun mengeruhkan suasana. Walaubagaimanapun, seluruh Gombak telah menerima keputusan dengan hati terbuka. Terima kasih dengan catatan tersebut.

Tanpa Nama berkata...

Namanya Ikatan Perpaduan Melayu tentulah skop penulisan ke arah itu juga.apetlempang pun setuju jangan sindir menyindir,kita bukan cari pepecahan.takdak masa dah nak tala sana tala sini.Kena cari jalan nak maju kaum.Orang politik perah otak cara politik,usahawan banyakkan jaringan perniagaan,Ketua Pemuda dan Ketua Belia kena bersatu dalam perjuangan.Ni dah 30 tahun cakap pasal basmi dadah di kalangan Melayu hasilnya mengecewakan.Sebutlah 10 masalah terbesar Malaysia tentulah ada kaitan dengan Melayu.Dalam perjuangan mesti ada fokus.-fadzil-