Jumaat, April 24, 2009

MESRA RAKYAT GOMBAK

Terima kasih kerana melayari blog ini.

Maaf, agak sekian lama tidak menulis.

Pada 12/4/09 yang lalu saya telah dijemput ke majlis bersama rakyat di Kelab Darul Ehsan Selangor oleh Setiausaha UMNO Bahagian Gombak. Saya diberitahu bahwa majlis tersebut adalah aktibit UMNO Bahagian Gombak yang sekian lama tidak bergerak selepas pemiliha tahun lepas. Mungkin agaknya ura-ura pembatalan Bahagian oleh Lembaga Displin UMNO terhadap pengamal politik wang telah reda, maka barulah program ini dianjurkan. Saya diberitau bahawa program tersebut dihadiri oleh YB Dr M Puad Zakarsahi Timbalan Menteri Pelajaran yang juga Ahli Majlis Tertinggi yang baru dilantik. Sesungguhnya saya merasa amat terharu dengan jemputan tersebut dan merasakan perlunya saya hadir. Namun saya merasa terkilan dengan cara pengendalian majlis ini diadakan dan nama yang tidak begitu sesuai dengan cita rasa sebenar.

Nama majlis tersebut ialah Mesra Rakyat, tetapi tempatnya di dewan tertutup dan jemputan nya tidak disebarkan kepada rakyat jelata. Majlis Mesra Rakyat seharusnya diadakan ditempat yang terbuka dan luas seperti di padang dan seharusnya jemputan itu disebarkan kepada seluruh rakyat tanpa mengira anutan politik yang di ikuti. Sudah tentu rakyat Gombak akan keluar beramai-ramai untuk memberikan sambutan tersebut setelah sekian lama program bersama rakyat tidak diadakan.

Berdasarkan dari kertas aturcara yang diedarkan, para petugas sambutan dan jawatankuasa kerja terdiri dari kalangan DUN Hulu Kelang saja. Komposisi secara menyeluruh diGombak tidak diambil kira langsung. Seolah-olah Gombak dikuasi oleh Hulu Kelang sahaja. Kehadiran dimajlis tersebut agak ramai lebih kurang 300 orang dan 75 peratus datang dari kaum hawa. Lebih kurang 50 ketua cawangan hadir ke majlis tersebut dan tidak semua AJK bahagian hadir termasuk penjawat jawatan kanan parti. Banyak yang harus dianalisakan daripada kehadiran tersebut, namun secara kasarnya, majlis tersebut tidak menggambarkan telah dianjurkan oleh UMNO Bahagian Gombak sepenuhnya.

Majlis tersebut telah memberi peluang untuk berdialog kepada Timbalan Menteri. Ada yang mencadangkan agar UMNO menjadi pembangkang yang baik dan berkhemah namun tidak seorang pun menyentuh atau bertanya mengenai bagaimana pencapaian pelajaran diGombak harus dipertingkatkan untuk mengisi wawasan 2020.

Sebagai Ketua Cawangan di DUN Hulu Kelang saya menyusun jari sepuluh kerana tidak dapat hadir kemajls tersebut atas sebab yang tidak dapat dielakkan kerana berada diluar kawasan, namun saya telah mengarahkan agar wakil cawangan dan seluruh Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri untuk hadir ke majlis tersebut.

Tahniah harus diucapkan kepada penganjur majlis tersebut.