Jumaat, April 24, 2009

MESRA RAKYAT GOMBAK

Terima kasih kerana melayari blog ini.

Maaf, agak sekian lama tidak menulis.

Pada 12/4/09 yang lalu saya telah dijemput ke majlis bersama rakyat di Kelab Darul Ehsan Selangor oleh Setiausaha UMNO Bahagian Gombak. Saya diberitahu bahwa majlis tersebut adalah aktibit UMNO Bahagian Gombak yang sekian lama tidak bergerak selepas pemiliha tahun lepas. Mungkin agaknya ura-ura pembatalan Bahagian oleh Lembaga Displin UMNO terhadap pengamal politik wang telah reda, maka barulah program ini dianjurkan. Saya diberitau bahawa program tersebut dihadiri oleh YB Dr M Puad Zakarsahi Timbalan Menteri Pelajaran yang juga Ahli Majlis Tertinggi yang baru dilantik. Sesungguhnya saya merasa amat terharu dengan jemputan tersebut dan merasakan perlunya saya hadir. Namun saya merasa terkilan dengan cara pengendalian majlis ini diadakan dan nama yang tidak begitu sesuai dengan cita rasa sebenar.

Nama majlis tersebut ialah Mesra Rakyat, tetapi tempatnya di dewan tertutup dan jemputan nya tidak disebarkan kepada rakyat jelata. Majlis Mesra Rakyat seharusnya diadakan ditempat yang terbuka dan luas seperti di padang dan seharusnya jemputan itu disebarkan kepada seluruh rakyat tanpa mengira anutan politik yang di ikuti. Sudah tentu rakyat Gombak akan keluar beramai-ramai untuk memberikan sambutan tersebut setelah sekian lama program bersama rakyat tidak diadakan.

Berdasarkan dari kertas aturcara yang diedarkan, para petugas sambutan dan jawatankuasa kerja terdiri dari kalangan DUN Hulu Kelang saja. Komposisi secara menyeluruh diGombak tidak diambil kira langsung. Seolah-olah Gombak dikuasi oleh Hulu Kelang sahaja. Kehadiran dimajlis tersebut agak ramai lebih kurang 300 orang dan 75 peratus datang dari kaum hawa. Lebih kurang 50 ketua cawangan hadir ke majlis tersebut dan tidak semua AJK bahagian hadir termasuk penjawat jawatan kanan parti. Banyak yang harus dianalisakan daripada kehadiran tersebut, namun secara kasarnya, majlis tersebut tidak menggambarkan telah dianjurkan oleh UMNO Bahagian Gombak sepenuhnya.

Majlis tersebut telah memberi peluang untuk berdialog kepada Timbalan Menteri. Ada yang mencadangkan agar UMNO menjadi pembangkang yang baik dan berkhemah namun tidak seorang pun menyentuh atau bertanya mengenai bagaimana pencapaian pelajaran diGombak harus dipertingkatkan untuk mengisi wawasan 2020.

Sebagai Ketua Cawangan di DUN Hulu Kelang saya menyusun jari sepuluh kerana tidak dapat hadir kemajls tersebut atas sebab yang tidak dapat dielakkan kerana berada diluar kawasan, namun saya telah mengarahkan agar wakil cawangan dan seluruh Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri untuk hadir ke majlis tersebut.

Tahniah harus diucapkan kepada penganjur majlis tersebut.

6 ulasan:

pengerusi ipmg berkata...

saya mengucapkan taniah kepada umno gombak....teruskan perjuangan...kalau boleh bawa program ini kecawangan supaya rakyat dapat info terus dari umno bahgian...sampaikan hala tujuk dan gerak kerja

pengerusi ipmg berkata...

saya mengucapkan taniah kepada umno gombak....teruskan perjuangan...kalau boleh bawa program ini kecawangan supaya rakyat dapat info terus dari umno bahgian...sampaikan hala tujuk dan gerak kerja

Prof. Era Pasca berkata...

panggil puteri umno bace quran lagi bagus...

(sidang dun 7/5/09) untuk mengetahui laporan media dari dunia ... hehe

http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/05/berita-dr-saentero-dunia-apabila-lanun.html

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya saya agak terkejut apabila Ketua Bahagian Gombak menjemput Dr Puad Zarkashi utk datang ke Gombak. Atas dasar apa tidaklah jelas matlamatnya. YB ini terang-terangan mengaku bahawa beliau telah menandatangani 'akuan lompat' dgn Brother Anuar Bin Ibrahim. Sebagai seorg pejuang UMNO tulen, tidak ada alasan utk beliau merasionalkan tindakan tersebut. Adakah seorg yang hampir/telah mengkhianati UMNO layakkah diberikan ruang utk berada dipentas UMNO?
Ketua Bahagian sekali lagi menunjukkan ketidakmatangan beliau berpolitik. Tindakan beliau mentadbir UMNO Bahagian sebagai UMNO Bahagian HULU KLANG amatlah memalukan dan semakin disedari oleh ahli2 Gombak. Cita2 beliau utk menjadi YB Hulu Klang telah dicanangkan dgn begitu meluas dan secara terbuka. Cuba kita renungkan kembali bagaimana UMNO menerima kekalahan dlm PRU12. Rakyat sekarang lebih terbuka dalam membuat pemilihan. Mereka mahukan pemimpin yang mudah didekati. Rakyat mahukan org tempatan menjadi wakil mereka. Siapakah Ketua UMNO Gombak? Pernahkah beliau menetap di Gombak? Apatah lagi di Hulu Klang? Di manakah beliau tinggal sekarang? Apakah jasa beliau kepada rakyat Gombak? Apakah yang beliau akan berikan kepada rakyat Gombak? Dan 'rakyat Gombak' yang saya maksudkan bukanlah segelintir penyokong beliau dikalangan ahli2 UMNO sahaja.
Dengan rentak yang sedang ditarikan oleh Ketua UMNO Gombak beserta dengan Ahli2 Jawatankuasanya sekarang, langsong tidak kelihatan sebarang peluang utk UMNO kembali berkuasa di Gombak. Tuan2 yang membaca mungkin menyangka tulisan ini cuma mahu menghentam Ketua Bahagian tetapi sekiranya dapat dibaca akan apa yang tersirat sebenarnya, tuan2 akan bersetuju dgn apa yang saya tulis.
Sekian.

Tanpa Nama berkata...

saya bersetuju

RAJA UDANG berkata...

Syabas Pengerusi