Isnin, Februari 09, 2009

TAHNIAH MB PERAK

Kami warga Gombak mengucapkan tahniah kepada Dato Dr Zambry A Kadir setelah dilantik sebagai MB Perak yang baru manggantikan "Kuda tunggangan" DAP.
Peralihan kuasa tersebut terjadi apabila ada pembubaran carta organisasi UMNO berikutan perletakan Jawatan oleh Pengerusi BN Negeri Perak baru-baru ini. Perlantikan tersebut telah menyuntik nafas baru di Negeri Perak dengan kepimpinan yang jitu serta dihormati olih pihak kawan dan lawan. perlantikan ini juga telah memberikan tamparan hebat kepada PKR yang beria-ia sangat untuk meruntuhkan tembok BN di peringkat persekutuan untuk menubuhkan kerajaan PKR.
Warga Gombak mengalu-alukan perlantikan tersebut dan berharap agar perubahan lanskap politik di Perak akan mempengaruhi pengundian yang bakal diadakan di 2 tempat iaitu Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau.
Apa yang diharapkan agar kepimpinan baru Perak berani membawa Melayu Perak lebih disegani dan dihormati didalam membela nasib melayu yang sering di perkotak-katikkan oleh rakan dan lawan di Perak selama ini.
Tahniah

1 ulasan:

apetlempang berkata...

perubahan pemerintahan perak bukanlah sesuatu yg boleh dibanggakan oleh UMNO... rakyat masih lagi memerhatikan gelagat ahli2 UMNO semua peringkat... secara teknikal kjaan BN Perak sama goyahnya dgn kjaan PR... bila2 ADUN boleh melompat dan kjaan bertukar tangan... UMNO mesti buktikan pembersihan parti dari ahli2 yg kuat berpolitik dan mementingkan diri dilakukan secara menyeluruh...
bagi UMNO Gombak amat jelas dgn lebih 180 cawangan yg ada, majoritinya masih diketuai oleh muka2 lama yg tidak lagi boleh menyumbang kpd penjenamaan semula UMNO... ini termasuklah barisan AJK bahagian Gombak yg masih dianggotai oleh muka2 lama yg hanya berminat memegang jawatan tapi tidak langsong menyumbang kpd parti... nama2 tersebut juga ada dlm jawatankuasa blog ini... anda tahu anda siapa... berkorbanlah utk UMNO... bekerja atau berundur... anda tentukan...
selamat berjuang.