Selasa, Februari 17, 2009

KARPAL OH KARPAL

Terima kasih kerana melayari blog ini.

Minggu lepas 12/2/2009 saya ada menerima pesanan ringkas dari Sdr Mustaffa Latif, AJK Bahagiaan Gombak untuk bersama-sama dan beramai-ramai melapurkan kebiadaban Karpal Singh kepada Polis di Bt 6 Gombak. Malangnya, saya tidak dapat hadir atas sebab yang tidak dapat dielakkan.
Jika dilihat dari tingkah laku Karpal Singh, masyarakat Malaysia tidak boleh menerima perbuatan beliau untuk menyaman Sultan Perak apatah lagi masyarakat Melayu apabila institusi Raja cabar. Beliau beranggapan berhak untuk berbuat demikian dari sudut perundangan sehinggakan beliau tidak memperdulikan teguran atau nasihat orang lain.
Kelantangan Karpal bermula apabila beliau menyalahkan rakannya didalam DAP iaitu Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng yang dikatakan telah tidak menghormatinya sebagai pengerusi DAP tetapi melapurkan terus kepada ketua pembangkang.
Dato' Seri Anuar Ibrahim telah dipersalahkan kerana mempopularkan lompat parti sehingga mengakibatkan Kerajaan Negeri Perak tumbang setelah empat ADUN nya berpaling tadah. Ekoran daripada itu, beliau terus menggesa agar Dato' Seri Anuar Ibrahim meletakkan jawatan sebagai Ketua Pembangkang serta bertanggung jawap diatas kejatuhan kerajaan Perak.
Namun Seperti biasa, Dato' Seri Anuar Ibrahim tidak tunduk dengan gesaan itu malah beliau telah mendapat suntikan baru apabila kedua-dua sekeluarga Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang menyokong tindakan Dato' Seri Anuar Ibrahim untuk terus menjadi ketua pembangkang.
Setelah menyalahkan orang kelilingnya, beliau menyalahkan Raja apabila Sultan Perak menukarkan kerajaan negeri yang dianggapnya tidak mengikut perlembagaan tubuh negeri. Berbagai-bagai gesaan telah dibuat oleh berbagai pihak namun beliau tetap dengan pendirian untuk menyaman Sultan Perak ke Mahkamah.
Tindakan beliau ini telah membuatkan seluruh masyarakat mempersoalkan tindakannya termasuk rakan dari Pakatan Rakyat dan DAP sendiri. Dato' Nik Aziz menganggapkan Karpal sebagai "orang tua" yang bertindak diatas dirinya sendiri dan tidak boleh dikaitkan dengan Pakatan Rakyat.
Melihat dari kebiadaban beliau ini, maka adalah wajar warga Gombak bangun membantah tindakan luar batasan ini kerana dikhuatiri beliau akan menjadi hero didalam mempelupori kebiadaban terhadap Raja dan pemerintah di negeri ini.
Untuk itu, saya tabik dengan keberanian Sdr Mustaffa yang saya kenali sebagai aktivis melayu yang unggul di Gombak. Pemilihan beliau sebagai AJK Bahagian memang tepat dan bersesuaian dengan jiwanya yang rajin disamping peka dengan keadaan semasa dan bertindak tepat pada waktunya. Seharusnya tindakan beliau harus disusuli dengan kelangsungan badan lain yang menjadi penggerak masyarakat Gombak. Kita tidak seharusnya berpeluk tubuh dan takut bertindak dimasa kita dicabar mengenai hak kita mempertahankan instistusi Raja yang menjadi simbol kekuatan bangsa Melayu.
AYUH BANGGUN BANGSA KU !!!!!!
Hj Rajiani Abd Hamid

Tiada ulasan: