Khamis, Februari 12, 2009

Corat Coret Gombak

Hari ini 12/2/2009 saya baru hebahkan kewujudan blog ini kepada warga Gombak setelah beberapa orang rakan menggalakkan berbuat demikian. Perasaan rendahdiri dengan kualiti persembahan blog ini menjadikan saya begitu berhati-hati untuk dihebahkan berbanding dengan blog-blog yang dah begitu "establihed". Begitu ramai yang membuat panggilan menyatakan tahniah dan memberi perangsang terhadap usaha ini, tak kurang juga ada yang memberi reaksi negatif terhadapnya. Ada yang menyatakan waktu bertanding dah berlalu, ada yang manyatakan tak payah lah nak ungkit perkara yang lepas, ada juga yang mengatakan dah kalah tu buat lah cara kalah. Naik darah juga dibuatnya dengan komen-komen tu!!

Apa pun yang ingin dipaparkan disini ialah peluang untuk kita sama-sama berinteraksi di Gombak yang selama ini belum ada ruang untuk memberikan pandangan, teguran atau tempat melepaskan geram. Pihak lawan telah lama menggunakan blog untuk menyampaikan maklumat dan serangan terhadap lawan nya, tetapi kita masih teragak-agak menggunakan kesempatan ini.

Tidak dinafikan, akhbar memang telah memberi maklumat terkini dalam apajua bidang termasuk politik, namun isi dan kandungan berita akan bergantung kepada penulisnya dimana kadang-kadang apa yang dilapurkan tidak tepat dari apa yang sebenarnya berlaku. Andaian dan persepsi negatif biasanya di buat berdasarkan dari cerita orang ketiga sahaja. Untuk itu, gunakanlah ruang ini untuk meluahkan perasaan dan rasa tak puas hati anda selama ini.

Ayuh kita meriahkan blog kita dengan idea kita dan dengan gaya kita semuga perpaduan akan berterusan di Gombak.

Hj Rajiani Abd Hamid

Tiada ulasan: