Jumaat, Februari 20, 2009

DR KHIR TOYO JANGAN BERTANDING

Terima kasih kerana melayari blog ini.

Saya baru saja berkesempatan melihat "Video Hujah" yang melibatkan perdebatan 3 calon Ketua Pemuda yang layak bertanding. Forum itu telah di kendalikan oleh Prof Dr Agus dan telah disiarkan melalui TV9 beberapa hari yang lepas.
Memang perdebatan ini wajar diadakan memandangkan waktu pemilihan sudah pun terlalu hampir iaitu bulan March ini. Forum ini boleh dijadikan medan untuk menguji keupayaan calun yang bertanding disamping mencurahkan pandangan dan kebijaksanaan menjawab soalan yang diberikan oleh moderator pada waktu itu. Kesempatan ini sebenar adalah pusingan yang terakhir sebelum medan pengundian PWTC diadakan. Calun tak perlu turun ke Bahagian untuk berkempen kerana silap langkah nanti kena cekup dengan SPRM kerana di khuatiri mengamalkan politik wang. Forum ini juga dapat menilai perwatakan seseorang disamping dapat menguji kekuatan mental dan melihat kelemahan seseorang. Masing-masing mempunyai kekuatan yang tersendiri.
Namun saya mempunyai andaian tersendiri iaitu perwakilan telah pun mencongak siapa yang akan dipilih sebelum pengundian di PWTC kelak.
Dari klip video tersebut saya amat tertarik di fasa terakhir perdebatan tersebut dimana moderator telah memberikan soalan kontroversi terhadap calun dan seterusnya menyoal apa yang menyebabkannya menawarkan diri. Persoalan ini sebenarnya amat penting diutarakan kerana dikhuatiri, calun berkenaan tidak menyedari bahawa dia mempunyai perkara yang tidak digemari oleh rakyat mahu pun perwakilan.

Kedua-dua calun DKT dan KJ mempunyai reaksi yang berbeza-beza didalam berhujah kenapa beliau harus bertanding.
DKT menyatakan bahawa kekalahaan Selangor bukan disebabkan kelemahan pentadbirannya tetapi kewibawaan peringkat pusat telah membuatkan Selangor tumbang.
KJ pula menyatakan penawarannya bertanding adalah diatas kelangsunagnnya sebagai Naib Ketua dan menerima sokongan sebulat suara dari exco pemuda.

Cakap-cakap kedai kopi kedengaran, DKT seharusnya menarik diri dan memberi sokongan penuh kepada MM kerana inilah masanya yang paling sesuai untuk DKT membalas jasa DM iaitu bapa kepada MM yang juga bekas PM untuk menentang KJ. Diawal penglibatan beliau DM lah yang telah menjulang nama DKT apabila beliau dipilih menjadi MB Selangor menggantikan Abu Hassan Omar. Dengan reputasi yang merudum sebagai Ketua Perhubungan Negeri Selangor selepas tersukur kepada PKR di PRU lepas ianya menjadi kayu pengukur kepada kerjaya politik beliau. Banyak yang dapat diperhatikan di Selangor, DKT sudah tidak mungkin mendapat undi selesa dikalangan Pemuda. Janjinya yang tidak dikotakan semasa beliau memegang tampuk pemerintahan Selangor menjadi duri dalam daging kepada ahli UMNO. Permohonan tanah banyak tergendala semasa pentadbiran beliau didalam usaha kononnya untuk mencapai Selangor Maju 2010. Apakah beliau terlupa, ini akan mejadi liabiliti kepada nya waktu ini.

KJ sudah tiada kekuatan bertanding walaupun beliau mampu berhujah dengan begitu bersemangat, namun reputasi sebagai menantu Presiden dan "Ketua Angkatan Tingkat 4" akan dipersoalkan. Peranan sebagai pencatur politik diseluruh pelusuk negeri semasa PRU yang lepas memberi gambaran, bahawa beliau telah mengatasi pentadbiran yang ada sekarang.

Ramai yang menyatakan pendapat bahawa pertandingan ini hanya 2 penjuru diantara KJ dan MM dan mengharapkan agar DKT menarik diri kerana kehadirannya akan hanya merosakkan undi sahaja,

MM adalah calon popular dan tiada kontroversi yang boleh mencacatkan kemenangannya. Beliau hanya dibayangi oleh keceluparan bapanya DM yang juga bekas PM yang sering membidas dan mempersoalkan berbagai kelemahan pentadbiran parti.

Walau bagaimana pun, waktu masih jauh. Masa untuk pujuk memujuk dan belai membelai masih panjang. Namun waktu ini harus pandai menilai bahasa politik dan tindak tanduk perwakilan. Saya masih ingat kata-kata orang lama " anggok bukan setuju, geleng bukan membantah, anggokitu bukan jawapan, geleng itu bukan kesalahan. Ya, itu ialah pelunak bahasa dan tidak, itu silat bahasa.

Untuk memilih tempat mandi, pertama diteluk kedua dipantai. Untuk memilih pemimpin negeri, pertama elok, kedua pandai.
SELAMAT MEMILIH

Hj Rajiani Abd Hamid

1 ulasan:

UMNO Cawangan Gombak Selatan berkata...

Assalamualaikum.. Salam Perjuangan. Sahabatku, kami dari UMNO Caw. Gombak Selatan begitu bangga dan rasa terharu atas pembabitan anda dalam mengikuti perkembangan politik melalui Blog.

Kami sentiasa bersama anda.. Hidup UMNO.. Hidup Malaysia..

IKHLAS DARI,
UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN

p/s : Blog anda dlm senarai link kami
BAHAGIAN WANGSA MAJU