Jumaat, Februari 13, 2009

RENUNGKAN LAH

Kehidupan ini terasa begitu tertekan dengan masalah-masalah yang datang bertubu-tubi, sama ada masalah keluarga, masalah masyarakat mahunpun politik. Timbunan masalah menjadi semakin berat dan memberi tekanan terhadap kehidupan harian sehingga merasakan tiada jalan keluar.

Kerajaan negeri Perak terpaksa dibubarkan atas kuasa Sultan setelah beberapa DUN mengadu tidak berpuashati dengan pentadbiran lama. Sokongan datang secara mendadak setelah strategi perletakan jawatan bekas pengerusi perhubungan negeri Perak dilakukan dan perlantikan baru dibuat. Dengan mengubah tampuk pemerintahan negeri, ianya mampu menyelesaikan berbagai masalah dan penyelesaian-penyelesaian mungkin tidak dapat ditemui sebelum ini. Pendek kata, ketika menghadapi masalah, sebenarnya kita sedang menikmati pengalaman yang mungkin tidak akan berulang lagi. Pengalaman ini bukanlah apa yang dialami seseorang, tetapi apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap bangsanya.

Selagi manusia hidup, selagi itulah masalah demi masalah datang menimpa kehidupannya yang memerlukan kita membuat pilihan. Walaupun kita perlu membuat pilihan, yang pastinya pilihan ini tetap berada pada diri kita sendiri. Kita boleh memilih untuk terbang tinggi bersama mereka yang cemerlang atau memilih untuk terus turun dan tinggal bersama mereka yang gagal. Sebagai sebuah parti yang ingin terus maju, ia memerlukan ahli-ahli yang memilih untuk terbang tinggi dan memajukan parti dengan menggunakan segala kemampuannya. Jadi, marilah kita berusaha melakukan yang terbaik bagi agama kita, diri kita sendiri, keluarga, parti dan juga bangsa.

Peter Senge berkata "Kita tidak dapat melihat masa depan sebagai lanjutan masa lalu...kerana masa depan adalah berbeza dengan masa lalu. Kita perlu meninggalkan cara yang lama supaya kita boleh lebih berjaya di masa depan".

Terima kasih

Hj Rajiani Hj Abd Hamid

Tiada ulasan: